Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang
`PELAJARAN 1 BAHAGIAN
- BAHAGIAN PERTUTURAN : PENGENALAN
1.
Sesuatu ayat terbentuk
oleh sekumpulan perkataan dan ianya mempunyai makna yang lengkap.
2.
Ahli tatabahasa Bahasa
Arab membahagikan bahagian-bahagian ayat atau pertuturan kepada tiga kategori : Kata nama, Kata kerja dan Kata tugas.
Sila lihat Jadual 1dan Lampiran 1 berikutnya.
JADUAL 1 BAHAGIAN- BAHAGIAN
PERTUTURAN
KATEGORI
|
PERSAMAAN
DALAM
BAHASA MALAYSIA
|
CATATAN
|
Kata nama
إِسْمٌ
( Ismun)
|
|
1. Kata nama dalam Bahasa Arab terbahagi kepada dua kategori
jantina iaitu perempuan dan lelaki.
2. Kata nama mempunyai tiga bilangan : satu,
dua dan majmuk.
3. Antara cara-cara untuk mengenali kata nama dalam
Al-Quran :
i.
didahului
oleh اَلْ (alif
lam) untuk kata nama khusus
ii.
diakhiri dengan tanwin iaitu ٌ, ً, ٍ untuk kata nama tidak khusus
iii.
perkataan sebelum kata
nama khusus adalah juga suatu kata nama
iv.
didahului oleh harf
jar ( salah satu kata tugas )
v.
tiada imbuhan awalan ت (ta), ا
(alif), ن
(nun) atau ي
(ya), iaitu tanda-tanda fi’il mudhoriq dan diakhiri dengan ونَ ( wau nun) atau ات
(alif ta) atau انِ
(alif nun).
|
Kata kerja
فِعْلٌ
( Fi’lun
)
|
Kata kerja
|
Kata kerja mempunyai tiga aspek :
1. Fi’il madhi, فعل مَاضِىٌ , melambangkan perbuatan yang telah
disempurnakan atau telah selesai dilakukan.
2. Fi’il mudhori’, مُضَارِعٌ فعل , melambangkan perbuatan yang belum
disempurnakan samada yang sedang berlaku atau yang akan berlaku.
3. Fi’il amar, أَمْرٌ فعل , melambangkan suatu arahan atau permintaan atau larangan.
|
Kata
tugas
حَرْفٌ
( Harfun )
|
|
1. Jumlahnya 80. 63 daripadanya adalah akusatif iaitu ia
mengubah hujung perkataan yang berada selepasnya dan 17 bukan akusatif.
2.
Harfun terbahagi kepada beberapa kategori.
|
No comments:
Post a Comment