Monday 27 July 2015

Pelajaran 8

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

PELAJARAN 8                       KATA NAMA : ADJEKTIF
1.      Seperti yang pernah disebut sebelum ini, adjektif mestilah serasi dengan kata nama dan kata ganti nama  dari segi bilangan, jantina, kekhususan dan hujung kes.  Sila lihat Jadual 15 di bawah

JADUAL 15            KESERASIAN ANTARA  ADJEKTIF DAN JANTINA
BIL
CONTOH
BAHASA MALAYSIA
i
اَلرَّجُلُ اَلْعَاقِلُ نَاصِحٌ
( ar-rajulu al‘aqilu nasihun )
Lelaki yang bijak itu sedang menasihati.
ii
اَلْاِمْرَأَةُ اَلْعَاقِلَةُ نَاصِحَةٌ
( al-imra’atu al‘aqilatu nasihatun )
Perempuan yang bijak itu sedang menasihati.

      2.      Adjektif, seperti kata nama . kata ganti nama  dan kata kerja mempunyai tiga bilangan : satu, dua dan majmuk. Sila lihat Jadual 16 di bawah

JADUAL 16            KESERASIAN ANTARA  ADJEKTIF DAN BILANGAN
BIL
CONTOH
BAHASA MALAYSIA
i
جَاءَ خَادِمٌ مٌخْلِصٌ
( ja’a khadimun mukhlisun )
Seorang pelayan lelaki ( khadam ) yang ikhlas telah datang.
ii
جَاءَ خَادِمَانِ مُخْلِصَانِ

( ja’a khadimani mukhlisani )

Dua orang pelayan lelaki ( khadam ) yang ikhlas telah datang.
ii
جَاءَ خُدَّامٌ مُخْلِصُونَ

( ja’a khuddamun mukhlisuna )

Ramai  pelayan lelaki ( khadam ) yang ikhlas telah datang.

      3.       Seperti dalam Bahasa Malaysia, kata nama mendahului adjektif dalam Bahasa Arab.

      4.       Apabila kata nama ialah sesuatu yang abstrak dan majmuk, samada jenis lelaki atau perempuan, adjektifnya kebiasaannya satu ( mufrad ) dan dari jenis perempuan.

No comments:

Post a Comment