Thursday 13 August 2015

Pelajaran 24

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

PELAJARAN 24                          KATA NAMA DALAM KES JENITIF

1)      Terdapat tiga sebab kenapa satu kata nama berada dalam kes jenitif.
2)    Sila lihat Jadual 57 di bawah untuk kata nama dalam kes jenitif,  مَجْرُوْرٌ
( majrur )   ( yang berada dalam warna merah ).


JADUAL 57                      KATA NAMA  DALAM KES JENITIF
BIL
DIDAHULUI OLEH
NAMA STRUKTUR
SILA RUJUK PELAJA-RAN
PENERANGAN
CONTOH
1
حَرْفٌ
جَرٌ
( harf jar )
جَرٌ وَ مَجْرُوْرٌ
( jar wa majrur )

12

kata nama selepas kata sendi nama ( harf jar )

بِسْمِ ( bismi )  yang bermaksud
 ‘ dengan nama’

2
إِسْمٌ
( isim )
مُضَافٌ اِلَيْهٌ
( mudhafun ilaihi )
21
bahagian kedua struktur pemilikan iaitu pemilik
بِنْتُ اَلْمَلِكِ
( bintu almaliki ) yang bermaksud  ‘anak perempuan raja itu’

3
إِسْمٌ
( isim )
تَابِعٌ
( tabi’un )
21
mengikut kata nama yang sebelumnya dalam bentuk dan keadaan.
بِسْمِ اَللهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيْمِ
(bismi Allahi Arrahmani Arrahimi )
yang bermaksud    ‘Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang’.




1 comment: