Sunday 9 August 2015

Pelajaran 17

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

PELAJARAN 17                      RAGAM AKTIF DAN PASIF   

1)    Kata kerja dalam ayat aktif  dikenali sebagai    اَلْمَعْرُوْفُ ( اَلْمَعْلُوْمُ ) فَاعِلَهٌ اَلْفِعْلُ        [ alfi’lu alma’ruf        ( alma’lum ) fa’ilah ], perbuatan dimana pelakunya diketahui.
2)    Pelakunya, yang perbuatannya memberi kesan kepada sesuatu objek, menjadi subjek, فَاعِلٌ ( faʿil ),  ayat aktif tersebut.
3)    Objek kata kerja  sedemikian dikenali sebagai    مَفْعُوْلٌ بِهِ ( maf’ulun bih ).
4)    Kata kerja dalam ayat pasif dikenali sebagai    اَلْفِعْلُ اَلْمَجْهُوْلُ فَاعِلَهٌ     (alfi’lu almajhul  fa’ilah ),  perbuatan dimana pelakunya tidak diketahui.  
5)    Tidak seperti dalam Bahasa Malaysia, ragam pasif tidak digunakan dalam Bahasa Arab apabila pelakunya dinyatakan. Ayat pasif dalam Bahasa Malaysia seperti  “  Sepucuk surat telah dituls oleh  Zaki ” akan menjadi     كَتَبَ ذَكِيٌ اَلرِّسَالَةُ ( kataba zakiyun arrisalah) dalam Bahasa Arab iaitu
 “ Zaki telah menulis surat itu ”.
6)    Ragam pasif dibentuk daripada ragam aktif dengan mengubah vokal-vokalnya.
7)    Dalam fi’il madhi , radikal pertama bertanda dhommah,  ُ  , radikal kedua bertanda kasrah, ِ , dan radikal ketiga kekal tidak berubah. Sila lihat Jadual 41 di bawah.

JADUAL 41                                  FI’IL MADHI
BIL
AKTIF
اَلْمَعْرُوْفُ
BAHASA MALAYSIA
PASIF
اَلْمَجْهُوْلُ
BAHASA MALAYSIA
1)
فَعَلَ
fa’ala
Dia telah membuat.
فُعِلَ
fu’ila
Dia telah dibuat.
2)
ضَرَبَ
daraba
Dia telah memukul.
ضُرِبَ
duriba
Dia telah dipukul.
3)
سَمِعَ
sami’a
Dia telah mendengar.
سُمِعَ
sumi’a
Dia telah didengar.

8)    Dalam fi’il mudhori’, tanda fi’il mudhori’ bertanda dhommah,  ُ ,  radikal kedua bertanda fathah,   َ ,     dan radikal ketiga kekal tidak berubah. Sila lihat Jadual 42 dibawah.

JADUAL 42                             FI’IL MUDHORI’
BIL
AKTIF
اَلْمَعْرُوْفُ
BAHASA MALAYSIA
PASIF
اَلْمَجْهُوْلُ
BAHASA MALAYSIA
1)
يَفْعَلُ
yaf’alu
Dia sedang membuat.
يُفْعَلُ
yuf’alu
Dia sedang dibuat.
2)
يَضْرِبُ
yadribu
Dia sedang memukul.
يُضْرَبُ
yudrabu
Dia sedang dipukul.
3)
يَسْمَعُ
yasma’u
Dia sedang mendengar.
يُسْمَعُ
yusma’u
Dia sedang didengar.

9)    Jadual 43 di bawah menunjukkan perbezaan antara ayat aktif  dan ayat pasif.

JADUAL 43            AYAT AKTIF  DAN AYAT PASIF
BIL
RAGAM
CONTOH
BAHASA MALAYSIA
1)
AKTIF اَلْمَعْرُوْفُ
زَرَاَ اَلْفَلَاحُ اَلْقُطْنَ
zara-a alfalahu alqutna
Petani itu telah menanam kapas.
2)
PASIF اَلْمَجْهُوْلُ
زُرِاَ  اَلْقُطْنُ
zuri-a alqutnu
Kapas telah ditanam.

10)  Ayat aktif di atas dianalisa seperti berikut :
                       i.        زَرَاَ   ialah kata kerja aktif,  اَلْمَعْرُوْفُ فَاعِلَهٌ اَلْفِعْلُ
                      ii.        اَلْفَلَاحُ  ialah subjek atau pelaku,  فَاعِلٌ
                    iii.        اَلْقُطْنَ   ialah objek,  مَفْعُوْلٌ بِهِ
      
11)  Ayat pasif di atas dianalisa seperti berikut :  
                       i.        زُرِاَ   ialah kata kerja pasif,   اَلْفِعْلُ اَلْمَجْهُوْلُ فَاعِلَهٌ
                      ii.        اَلْقُطْنُ   ialah pengganti pelaku ,  نَائِبٌ فَاعِلٌ ( naib fa’il ).
12)  Subjek,  فَاعِلٌ ( faʿil ) dan  نَائِبٌ فَاعِلٌ ( naib fa’il ,) mesti sentiasa berada dalam kes nominatif,  مَرْفُوْعٌ  ( marfuʿ), dan mana-mana objek    مَفْعُوْلٌ بِهِ           ( maf’ulun bih ) mesti sentiasa berada dalam kes akusatif  مَنْصُوْبٌ  (manṣub ).
13) Kata kerja transitif,   مُتَعَدِّي ( muta’addi ) ialah kata kerja yang melambangkan suatu perbuatan yang berpindah daripada pelaku atau subjek kepada  objek. Kata kerja      زَرَاَ   ( zara’a ) dalam contoh di atas yang bermaksud ‘telah menanam’  ialah kata kerja transitif .                                                                                                                                                                                                                                           
14)  Kata kerja tak transitif, sebaliknya, menyatakan suatu keadaan  atau menunjukkan suatu perbuatan yang terhad kepada subjek. Contohnya dalam ayat  جَلَسَ اَلْوَلَدُ عَلَى اَلْكُرْسِيٌ( jalasa alwaladu ‘ala alkursi ),yang bermaksud “Budak lelaki itu telah duduk di atas kerusi itu ”,   جَلَسَ ( jalasa ) yang bermaksud ‘duduk’ ialah kata kerja tak transitif.
15)  Hanya kata kerja transitif sahaja boleh digunakan dalam ayat pasif`.         


No comments:

Post a Comment