Monday 10 August 2015

Pelajaran 18

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

PELAJARAN 18               KATA NAMA TERBITAN DARIPADA KATA KERJA

Ahli Bahasa Arab telah mengklasifikasikan kata nama kepada tiga kumpulan seperti berikut :  :
1)     إِسْمٌ اَلْمَصْدَرُ( ism almasdar ), ‘kata nama perbuatan’ . Ciri-cirinya adalah :
                      i.        ia mengungkapkan idea perbuatan dalam bentuk kata nama.
                    ii.        ia adalah dasar sesuatu perkataan daripada mana timbulnya kata kerja dan kata terbitannya.
                   iii.        huruf radikal kata kerja diambil daripadanya
Sila lihat Jadual 44 dibawah untuk beberapa contoh.

JADUAL 44                                  ISM ALMASDAR
BIL
ISM ALMASDAR
TRANSLITERASI
BAHASA MALAYSIA
a
فَتْحٌ
fathun
pembukaan
b
فَرَحٌ
farahun
kebahagiaan
c
مَرَضٌ
maradhun
penyakit

2)      إِسْمٌ اَلْجَامِدُ( ism aljamid ) ialah suatu kata nama yang  ‘tidak mampu berkembang’ atau ‘pegun’ iaitu ia tidak terbit daripada mana-mana perkataan  dan tiada perkataan  terbit daripadanya.  Sila lihat Jadual 45 dibawah.        

           JADUAL 45                                 ISM ALJAMID
BIL
ISM ALJAMID
TRANSLITERASI
BAHASA MALAYSIA
a
رَجُلٌ
rajulun
man
b
فَرَسٌ
farasun
horse

3)    إِسْمٌ اَلْمُشْتَقُ  ( ism almushtaq ) ialah suatu kata nama yang terbit daripada kata dasar perbuatan. Terdapat enam bentuk kata nama sedemikian, iaitu seperti berikut :
i       إِسْمٌ اَلْفَاعِلُ   ( ism alfa’il ),   melambangkan pelaku yang melakukan  perbuatan tersebut. Sila lihat Jadual 46 di bawah.

JADUAL 46                               ISM ALFA’IL
BIL
FI’IL MADHI
BAHASA MALAYSIA
ISM ALFA’IL
BAHASA MALAYSIA
a
فَعَلَ
fa’ala
Dia telah membuat.
فَاعِلٌ
fa’ilun
Seorang pembuat.
b
كَتَبَ
kataba
Dia telah menulis..
كَاتِبٌ
katibun
Seorang penulis.

ii          إِسْمٌ اَلْمَفْعُوْلُ( ism almaf’ul), melambangkan orang atau benda yang   kena buat . Sila lihat Jadual 47 di bawah..

JADUAL 47                              ISM ALMAF’UL
BIL
FI’IL MADHI
BAHASA MALAYSIA
ISM ALMAF’UL
BAHASA MALAYSIA
a
فَعَلَ
fa’ala
Dia telah membuat.
مَفْعُوْلٌ
maf’ulun
Dibuat
b
كَتَبَ
kataba
Dia telah menulis..
مَكْتُوْبٌ
maktubun
Ditulis

iii         اَلصِّفَةُ اَلْمُشَبِهَةُ بِإِسْمِ اَلْفَاعِلُ ( assifat almushabihat bi-ism alfa’il ), adalah adjektif yang diserapkan ke dalam  ism alfa’il  . Perkataan-perkataan ini dibentuk daripada kata kerja tak transitif dan  melambangkan suatu unsur yang semulajadi dan kekal dalam diri seseorang atau sesuatu benda tanpa had. Perkataan-perkataan ini digunakan untuk menyatakan  suatu  tahap kekuatan. Sila lihat Jadual 48 dibawah.

            JADUAL 48                            ADJEKTIF YANG DISERAPKAN
BIL
KATA KERJA
BAHASA MALAYSIA
ADJEKTIF YANG DISERAPKAN
BAHASA MALAYSIA
a
صَلُبَ
soluba
mengeras
صُلْبُ
sulbu
keras
b
سَوَّدَ
sauwada
menghitamkan
اَ سْوَدْ
aswad
hitam

iv  تَفْضِيْلٌ   إِسْمٌ ( ism tafdhil ), kata nama pra- unggul, digunakan untuk melambangkan tahap perbandingan. Sila lihat Jadual 49 dibawah.
          
JADUAL 49                           ISM TAFDHIL
BIL
ADJEKTIF
BAHASA MALAYSIA
ISM TAFDHIL
BAHASA MALAYSIA
a
سَرِيْعٌ
sari’un
cepat
أَ سْرَعُ
asra’u
lebih cepat
b
قَرِيْبٌ
qaribun
dekat
أَقْرَبُ
aqrabu
lebih dekat

v      اَلْاَلَةٌ  إِسْمٌ   ( ism al-alat ), kata nama alat , melambangkan alat yang digunakan untuk melaksanakan perbuatan yang  dinyatakan oleh suatu kata kerja . Terdapat tiga bentuk yang berbeza.  Sila lihat Jadual 50 dibawah.

     JADUAL 50                                   ISM AL-ALAT        
BIL
FI’IL MADHI
BAHASA MALAYSIA
ISM AL-ALAT
BAHASA MALAYSIA
a
فَعَلَ
fa’ala
Dia telah membuat.
-
-
.b
زَرَعَ
zara’a
Dia telah menanam.
مِفْعَلٌ
mif’alun
مِزْرَعٌ
mizra’un
Bajak
c
كَنَسَ
kanasa
Dia telah menyapu.
مِفْعَلَةٌ
mif’alatun
مِكْنَسَةٌ
miknasatun
Penyapu
d
فَتَحَ
fataha
Dia telah membuka.
مِفْعَالٌ
mif’aalun
مِفْتَاحٌ
miftahun
Kunci

           vi         إِسْمٌ  ظَرْفٌ ( ism zorf ),  kata nama masa atau tempat yang menunjukkan masa atau tempat berlakunya sesuatu perbuatan. Sila lihat Jadual 51 dibawah.                            

                     JADUAL 51                                       ISM ZORF
BIL
KATA KERJA
BAHASA MALAYSIA
ISM ZORF
BAHASA MALAYSIA
a
سَجَدَ
sajada
Dia telah sujud. (dalam solat)
مَسْجِدٌ
masjid
masjid ( tempat solat didirikan)
b
شُرُوْقٌ
shuruq
Matahari telah terbit.
مَشْرِقٌ
mashriq
timur ( tempat matahari terbit)







No comments:

Post a Comment