Wednesday 12 August 2015

Pelajaran 20

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

PELAJARAN 20                              UNGKAPAN ADVERBIAL

1)    Adverba ialah perkataan yang menerangkan suatu kata kerja, adjektif atau adverba yang lain. Contohnya cepat, perlahan, kuat, dahsyat, mengejutkan, dsb.
2)    Dalam tatabahasa Arab tradisional, terdapat banyak jenis ungkapan adverbial, seperti yang dapat dilihat di bawah. Hujung kes sesuatu kata nama dalam ungkapan adverbial akan berubah bergantung kepada jenis ungkapan adverbial.
3)    Akusatif serumpun,   مَفْعُوْلٌ مُطْلَقٌ  ( maf’ulun mutlaq )
                      i.        Akusatif serumpun digunakan untuk menambah penekanan dengan menggunakan kata nama perbuatan, إِسْمٌ اَلْمَصْدَرُ ( ism almasdar ),  yang diterbitkan dari kata kerja utama atau predikat yang ia bergantung kepada.
                    ii.        Kedua-dua akusatif dan kata kerja akan bergema secara fonetik kerana mereka berkongsi dasar yang sama.
                   iii.        Dalam peranan sintaksis ini, kata nama akan berada dalam kes akusatif, مَنْصُوْبٌ  ( manṣub )
                   iv.        Contohnya dalam ayat al- Quran   إِذَا رُجَّتِ الْأَرْضُ رَجًّا ( iza rujjati l-ardhu rajjan) yang bermaksud ‘ apabila bumi digoncang (rujjati ) dengan goncangan  ( rajjan ) ’,  kata nama perbuatan   رَجًّا ( rajjan )  ialah akusatif serumpun untuk kata kerja  رُجَّتِ ( rujjati ) .
4)    Akusatif  tujuan,   مَفْعُوْلٌ لِأَجْلِهٍ ( maf’ulun li-ajlih )
                      i.        Akusatif tujuan digunakan untuk menentukan tujuan, motif atau sebab di sebalik sesuatu tindakan.
                    ii.        Kata nama yang tidak khusus dalam ungkapan ini akan berada dalam kes akusatif, مَنْصُوْبٌ  ( manṣub ).
                   iii.        Dalam  أَصَبِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ مِّنَ الصَّوَاعِقِ حَذَرَالْمَوْتِ  يَجْعَلُونَ
(yaj’aluuna asaabi’ahum fii aazaanihim minas sawaa’iqi hazara
l-mauti), yang bermaksud ‘ mereka menyumbat jari mereka kedalam telinga mereka ( kerana mendengar) petir oleh sebab takut akan kematian ‘ , حَذَرَ ( hazara ), ‘takut’ ialah akusatif tujuan. Takut adalah sebab mereka menyumbat jari mereka kedalam telinga mereka.
5)    Objek komitatif,  مَفْعُوْلٌ مَعَهٌ   ( maf’ulun maʿahu )
                      i.        Objek komitatif ialah kata nama yang berada dalam kes akusatif, مَنْصُوْبٌ  ( manṣub dan ianya mengikuti penggunaan komitatif harf  وَ ( wa ) yang bermaksud "dengan" .
                    ii.        Dalam    )  فَأَجْمِعُوْا أَمْرَكُمْ وَشُرَكَاءَكُمْfa-ajmi’uu amrakum washurakaa-akum ) yang bermaksud ‘maka anda menyelesaikan rancangan anda dengan rakan-rakan anda’,  شُرَكَاءَ  (shurakaa-a ), ‘rakan-rakan’ ialah  objek komitatif.
6)     Adverba masa atau tempat , مَفْعُوْلٌ فِهٍ ( maf’ulun fihi ),
                      i.        Adverba masa atau tempat juga dikenali sebagai  ظَرْفٌ ( zorf )  dan ianya menunjukkan   masa atau tempat berlakunya sesuatu perbuatan
                    ii.        Adverba masa atau tempat berada dalam kes akusatif,  مَنْصُوْبٌ  (manṣub ).
                   iii.        Dalam    رَجَعْتُ لَيْلاً ( raja’tu lailan ) yang bermaksud ‘ saya telah kembali pada waktu malam’, لَيْلاً ( lailan ), ‘pada waktu malam’ ialah adverba masa.
7)     Akusatif keadaan , حَالٌ ( hal )
                                      i.        Akusatif keadaan menerangkan keadaan dimana sesuatu tindakan berlaku (  menjawab soalan bagaimana ).
                                    ii.        Akusatif keadaan akan  berada dalam kes akusatif, مَنْصُوْبٌ   ( manṣub ).
                                   iii.        Biasanya akusatif keadaan ialah suatu kata terbitan yang berasal daripada kata kerja. Walau bagaimana pun , kata nama lain boleh juga digunakan.
                                   iv.        Dalam      دَخَلَ الطَّالِبُ الْفَصْلَ ضَاحِكًا  ( dakhala l-talibu l-fasla dhahikan ), yang bermaksud pelajar itu memasuki kelas dalam keadaan ketawa’ , ضَاحِكًا (dhahikan ), ‘ketawa’ ialah akusatif keadaan.
8)     Hubungan spesifikasi ,  تَمْيِيْزٌ   ( tamyiz )
                      i.        Kata nama dalam hubungan spesifikasi berada dalam kes akusatif, مَنْصُوْبٌ  ( manṣub )  dan ianya digunakan untuk menyatakan dengan khusus keamatan atau tahap kata utama.
                    ii.        Dalam  شَرِبْتُ لِتْرًا عَصِيْرًا ( sharibtu litran ‘asiran ), yang bermaksud ‘ saya telah minum seliter jus’, عَصِيْرًا (asiran ), ‘jus’ ialah akusatif spesifikasi. Ia mengkususkan perbuatan subjek dan menyempurnakan maksud tanpa sebarang keraguan iaitu saya telah minum seliter ‘jus’ dan bukannya kopi atau susu.



No comments:

Post a Comment