Dengan
nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
PELAJARAN 21 TABI’UN DAN
PEMBINAAN PEMILIKAN
1) TABI’UN
i.
Dalam pembinaan تَابِعٌ ( tabi’un
) yang
bermaksud ‘mengikut’ , dua kata nama akan diletakkan bersebelahan, kedua-duanya
mempunyai fungsi sintaksis yang sama.
ii.
Kata nama yang kedua mengikut
kata nama yang sebelumnya dalam bentuk dan keadaan..
iii.
Kedua-dua kata nama tersebut
mesti mempunyai hujung kes yang sama.
iv.
Dalam بِسْمِ
اَللهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيْمِ ,( bismi Allahi Arrahmani Arrahimi) yang
bermaksud ‘dengan
nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang’, اَلرَّحْمَنِ mengikut
( tabi’un
) اَللهِ and اَلرَّحِيْمِ mengikut ( tabi’un ) اَلرَّحْمَنِ.
2)
PEMBINAAN PEMILIKAN
i.
Dalam bahasa Arab,
pemilikan atau pemunyaan disampaikan oleh إِضَافَةٌ (iḍhafah) yang bermaksud gabungan iaitu. satu kata nama mengikut
yang lain dengan cara yang pertama mengawal yang kedua dalam kes jenitif.
ii.
Dalam contoh-contoh berikut : :
a) بِنْتُ اَلْمَلِكِ ( bintu almaliki ) yang bermaksud ‘anak perempuan raja itu ’
b) مَلِكِ بِنْتُ (bintu maliki) yang
bermaksud ‘anak perempuan raja’, perkataan pertama بِنْتُ (
bintu ) ialah ‘yang dimiliki’ dan perkataan- perkataan اَلْمَلِكِ ( almaliki ) dan مَلِكِ ( maliki ) adalah ‘yang memiliki’.
iii.
Dalam bahasa Arab, yang dimiliki dikenali sebagai
مُضَافٌ (mudhaf) dan yang memiliki dikenali sebagai
مُضَافٌ
اِلَيْهٌ ( mudhafun ilaih ).
iv.
Sila lihat Jadual 54 di bawah
untuk
ciri-ciri مُضَافٌ ( mudhaf )
dan اِلَيْهٌ مُضَافٌ ( mudhafun ilaih ).
JADUAL 54 CIRI-CIRI MUDHAF AND MUDHAFUN ILAIH
BIL
|
CIRI-CIRI
|
MUDHAF
|
MUDHAFUN ILAIH
|
a)
|
Dari contoh-contoh
di atas
|
بِنْتُ (
bintu )
|
اَلْمَلِكِ ( almaliki ) dan
مَلِكِ ( maliki
)
|
b)
|
Fungsi
|
yang
dimiliki
|
yang
memiliki
|
c)
|
Jenis
kata nama
|
suatu kata nama tidak khusus ,
tidak
didahului oleh اَلْ( al ) dan tidak juga berakhir dengan تَنْوِيْنٌ ( tanwīn )
|
kata nama khas atau
kata nama am
|
d)
|
Hujung
kes
|
مَرْفُوْعٌ ( marfu’ ),
kes nominatif
|
مَجْرُوْرٌ ( majrur ),
kes
jenitif
|
No comments:
Post a Comment