Sunday 26 July 2015

Pelajaran 2

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

PELAJARAN 2                                 KATA NAMA : UMUM
1.     Terdapat tiga vokal pendek dalam Bahasa Arab. Tidak seperti dalam Bahasa Malaysia, vokal pendek  diwakili oleh baris samada di atas, di hadapan atau di bawah
                      i.        Fathah, َ ` ( di atas )
                    ii.        Dhommah ُ , ( di hadapan )
                   iii.        Kasrah  ِ , ( di bawah )
2.     Seperti yang disebut sebelum ini, kata nama tak khusus diakhiri  dengan  tanwin iaitu samada
                      i.        ً ( dua Fathah / di atas ) atau dengan
                    ii.        ٌ ( dua Dhommah / di hadapan ) atau dengan
                   iii.        ٍ ( dua Kasrah / di bawah )
3.    Terdapat tiga konsonan,  ا,و,ي  , yang dinamakan oleh ahli Bahasa Arab sebagai     حروف العلة( huruf al-‘ilah ), iaitu huruf lemah .
                      i.        Huruf-huruf tersebut digunakan untuk memanjangkan vokal. Dalam keadaan demikian, huruf-huruf tersebut tiada tanda baris.
                    ii.        Ketiga-tiga huruf ini sentiasa silih berganti atau dibuang di bawah pengaruh huruf-huruf lain.

4.    Dalam orthografi Bahasa Arab, tidak terdapat perbezaan antara kata nama khas dan kata nama am, sedangkan dalam Bahasa Malaysia kata nama khas dimulai dengan huruf besar. Nama khas dalam Bahasa Arab dapat dikenali daripada kebiasaan/ kelaziman dalam penggunaan bahasa.
5.     Kebanyakan perkataan Bahasa Arab dalam Al-Quran ( lebih kurang 95%), yang dinamakan mabniyyun مَبْنِيٌّ  , kekal statik  atau tidak berubah dalam bentuk asalnya dalam semua keadaan. Ini termasuk yang berikut :
                      i.        Kata ganti nama diri
                    ii.        Kata ganti nama kepunyaan 
                   iii.        Kata ganti nama tunjuk
                   iv.        Kata ganti nama hubung
6.    Walau bagaimana pun, sesetengah perkataan ( lebih kurang 5% ), adalah mu’rabun,  مُعْرَبٌ  . Kata nama tersebut berubah bentuk atau hujungnya mengikut keadaan ( yang akan dijelaskan kemudian )
i.              Ia samada boleh berada dalam bentuk kes nominatif, مرفوع ( marfu’ ), kes akusatif, منصوب ( mansub )  atau kes jenitif, مجرور ( majrur ) . Sila lihat Jadual 2 di bawah.   
                 JADUAL 2
BIL
HUJUNG KES
CONTOH

TRANSLITERASI

MAKNA
a)
kes nominatif, مرفوع
( marfu’ ),

هُوَ وَلَدٌ

huwa waladun
Dia seorang budak lelaki.
b)
kes akusatif, منصوب
( mansub )
مَدَحَ وَلَدًا
madaha waladan
Dia telah memuji seorang budak lelaki.

c)
kes jenitif, مجرور
( majrur )
خَرَجَ مَعَ وَلَدٍ

kharaja ma’a waladin
Dia telah keluar bersama seorang budak lelaki.

ii Makna perkataan-perkataan tersebut dari segi bahasa tetap sama dalam semua keadaan. Seperti dalam contoh-contoh di atas makna waladun,  waladan dan waladin tetap sama iaitu ‘seorang budak lelaki’. Walau bagaimana pun, fungsinya dalam sesuatu ayat berubah mengikut keadaan nahu yang berbeza.

No comments:

Post a Comment